Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

15 disyaki hidap penyakit radang paru-paru Wuhan di Hong Kong

 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang memantau keadaan penularan sejenis penyakit radang paru paru atau pneumonia di wilayah Wuhan, China.

Anggaran Waktu Membaca:
15 disyaki hidap penyakit radang paru-paru Wuhan di Hong Kong
Diterbitkan : 05 Jan 2020 07:52PM Dikemas Kini : 11 Mar 2020 11:36AM

HONG KONG: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sedang memantau keadaan penularan sejenis penyakit radang paru paru atau pneumonia di wilayah Wuhan, China.

Ia sudah mengaktifkan sistem pengurusan insiden di peringkat negara, serantau dan global serta siap untuk melancarkan respons yang lebih luas, jika perlu.

Setakat ini 44 orang sudah disahkan menghidap radang paru-paru itu di Wuhan, 11 pesakit dalam keadaan kritikal.

Di Hong Kong pula tujuh orang lagi sedang dirawat selepas disyaki menghidap radang paru-paru misteri itu.

Ia menjadikan jumlah kes tersebut di Hong Kong, 15 orang.

Setiausaha Kesihatan Hong Kong, Sophia Chan berkata pihak berkuasa wilayah khas China itu sudah meningkatkan langkah berjaga-jaga untuk mencegah penularan lanjut virus radang paru-paru tersebut.

Beliau memberi jaminan bahawa hospital-hospital Hong Kong sudah bersedia untuk menangani dan merawat penyakit itu.

Ini termasuk menyediakan wad-wad pengasingan.

Semalam, pihak berkuasa Hong Kong menaikkan responsnya ke tahap "serius" - yang kedua tertinggi dalam sistem baru yang untuk menangani penyakit berjangkit yang puncanya tidak diketahui.

Di Taiwan pula, enam orang menunjukkan tanda-tanda demam diletakkan di bawah pemerhatian perubatan selepas tiba dari Wuhan.

Dua daripada mereka masih dipantau tetapi baki empat yang lain sudah dapat dipastikan menghidap selsema atau demam biasa.

Sumber : Agensi berita/RR/na

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa