14,600 maut dalam keganasan senjata api di AS pada 2023
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Spencer Platt)
WASHINGTON: Seramai 14,600 orang maut akibat keganasan senjata api di Amerika Syarikat (AS) setakat tahun ini, menurut Arkib Keganasan Senjata (GVA), pada Sabtu (7 Mei).
521 daripada jumlah itu adalah mangsa remaja manakala 93 lagi membabitkan kanak-kanak.
Sementara itu, sebanyak 199 kejadian tembakan beramai-ramai berlaku setakat Sabtu, lapor Agensi Anadolu.
Bunuh diri terus membentuk sebahagian besar kematian akibat senjata api, menurut GVA.
Tembakan membabitkan pegawai pula menyebabkan 487 maut, manakala 515 yang lain maut dalam tembakan yang tidak disengajakan.
Kejadian tembakan beramai-ramai terbaru berlaku di Texas. Lapan orang maut pada Sabtu, semasa tembakan di pusat beli-belah di Allen, kira-kira 48 kilometer di utara Dallas. Suspek kemudian ditembak mati oleh polis.

BACA:
Sekurang-kurangnya tujuh mangsa berumur antara lima hingga 61 dimasukkan ke hospital akibat kecederaan, manakala tiga dalam keadaan kritikal dan empat dalam keadaan stabil, menurut pegawai.
Texas turut mengalami satu lagi kejadian tembakan beramai-ramai pada bulan lalu apabila seorang lelaki bersenjata membunuh lima jirannya, termasuk seorang budak lelaki berusia sembilan tahun, dengan senapang AR-15 di rumah mangsa di Cleveland pada 28 April lalu.
Lelaki yang disyaki bersenjata, Francisco Oropesa, 38 tahun, ditahan pada Selasa lalu selepas pemburuan selama empat hari.

Sumber : Bernama/Agensi berita/SU/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.