Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

142 penduduk Sabah dipindahkan susuli banjir

Anggaran Waktu Membaca:
SABAH: Hampir 150 penduduk dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara akibat banjir di Sabah, Malaysia pada Selasa (11 Okt).

Para penduduk kampung di kawasan-kawasan terjejas diberi amaran tentang cuaca ribut dalam beberapa hari akan datang.

Jalan-jalan raya ditenggelami air akibat air sungai yang melimpahi tebing, menyebabkan kereta-kereta terkandas selepas hujan turun mencurah-curah di pantai barat Sabah sejak sebelah malam Ahad.

Ada juga laporan-laporan tentang kejadian tanah runtuh.

Kerajaan tempatan sedang membuka lebih banyak pusat pemindahan sementara untuk menempatkan lebih ramai mangsa banjir.

Cuaca mendung pada pagi hari Selasa di sekitar Kota Kinabalu dan pantai barat Sabah, manakala Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan ribut petir di beberapa lokasi dan hujan pada sebelah petang di kawasan terlibat kecuali Putatan.
 
Sumber : Bernama/ZM/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan