Skip to main content

Dunia

140 penumpang feri Langkawi terkandas 5 jam gara-gara kipas enjin tersangkut pada tali hanyut

Seramai 140 penumpang dan kru sebuah feri dari Langkawi ke Kuala Perlis terkandas hampir lima jam akibat kipas tersangkut pada tali hanyut kira-kira pukul 8 malam semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
140 penumpang feri Langkawi terkandas 5 jam gara-gara kipas enjin tersangkut pada tali hanyut

(Gambar: Facebook/PN Kuala Perlis)

KANGAR: Seramai 140 penumpang dan kru sebuah feri dari Langkawi ke Kuala Perlis terkandas hampir lima jam akibat kipas tersangkut pada tali hanyut kira-kira pukul 8 malam semalam.

Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) feri tersebut terkandas kira-kira 2.5 batu nautika barat daya Kuala Perlis.

"Aset APMM sudah dikerah ke lokasi kejadian bagi memantau kerja menunda yang dilakukan oleh syarikat feri berkenaan dan semua penumpang selamat tiba di Terminal Feri Kuala Perlis pada 12.20 tengah malam tadi," katanya pada malam semalam.

Sementara itu, Pengurus Sumber Manusia dan Operasi Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom ketika dihubungi berkata feri itu terkandas ketika perjalanan berbaki hanya 0.9 kilometer.

"Kipas feri berkenaan tersangkut tali yang dipercayai hanyut di perairan berkenaan menyebabkan perjalanannya tergendala dan kami telah menghantar bot penunda dan semuanya selamat," katanya.
Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita