14 tapak warisan UNESCO musnah susuli gempa dahsyat Turki-Syria
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: AFP/Getty Images
WASHINGTON: Gempa dahsyat yang melanda Turki dan Syria memusnahkan sekurang-kurangnya 14 tapak sejarah yang penting termasuk kota purba Aleppo di barat laut Syria yang sebelum ini 'di ambang kemusnahan' gara-gara perang saudara di negara tersebut.
Aleppo, yang disenaraikan dalam Tapak Warisan Pertubuhan Pelajaran, Sains, dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (unesco) pada 1986, juga telah disenaraikan dalam Tapak Warisan Dalam Bahaya sejak 2013 disebabkan oleh konflik yang berlarutan di Syria, termasuk lima tapak sejarah yang lain di negara tersebut.
Menurut UNESCO, ia akan menghulurkan bantuan kepada tapak-tapak sejarah dan tapak-tapak warisan yang musnah di Syria dan Turki.
UNESCO, khususnya, 'amat prihatin' terhadap keadaan di kota purba Aleppo.
Di Turki, sejumlah bangunan runtih di tapak UNESCO, Kubu Diyarbakır dan Taman Budaya Hevsel, menurut UNESCO.
Tapak itu merupakan pusat tamadun yang penting semasa zaman Roman, Byzantine dan Empayar Otoman.
Bank Dunia menganggarkan Syria berdepan kerugian kira-kira AS$5.1 bilion akibat gempa dahsyat yang melanda.

Sumber : Agensi berita/FZ/fz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.