Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

14 sekeluarga rombongan kahwin maut dalam nahas jalan raya

Para mangsa nahas di wilayah Quang Nam sedang menuju ke rumah keluarga pengantin wanita di wilayah kejiranan

Anggaran Waktu Membaca:
14 sekeluarga rombongan kahwin maut dalam nahas jalan raya

Nahas jalan raya di wilayah Quang Nam. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 30 Jul 2018 11:11PM Dikemas Kini : 30 Jul 2018 11:13PM

HANOI: Seramai 14 anggota dari satu keluarga terkorban dalam nahas jalan raya di kawasan tengah Vietnam hari ini (30 Jul) semasa dalam perjalanan ke sebuah majlis perkahwinan termasuk pengantin lelaki yang mati di tempat kejadian apabila van yang dinaiki mereka melanggar sebuah lori, menurut pihak polis Vietnam.

Nahas jalan raya adalah punca kematian utama di Vietnam di mana undang-undang trafik tidak dipatuhi sepenuhnya dan terdapat kekurangan pada infrastruktur jalan raya.

Para mangsa nahas di wilayah Quang Nam itu merupakan anggota keluarga yang sedang menuju ke rumah keluarga pengantin wanita di wilayah kejiranan.

Van mereka bertembung dengan sebuah lori kontena pada sekitar 2.30 pagi waktu tempatan, membunuh 13 orang serta-merta, manakala seorang lagi mati di hospital.

Pihak berkuasa tempatan menyatakan bahawa punca nahas sedang disiasat.

Sumber : Agensi berita/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan