14 orang maut tanah runtuh di Myanmar
14 orang termasuk seorang anggota polis mati dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong batu jed di bahagian utara Myanmar sejurus selepas tengah malam tadi.
(Gambar: AFP)
HPAKANT, MYANMAR: 14 orang termasuk seorang anggota polis mati dalam kejadian tanah runtuh di sebuah lombong batu jed di bahagian utara Myanmar sejurus selepas tengah malam tadi.
Ketua polis di tempat keadian di daerah Hpakant berkata 14 mayat sudah ditemui manakala empat orang lagi termasuk dua anggota polis masih hilang.
Hpakant yang terletak di wilayah Kachin merupakan pusat batu jed Myanmar.
Pemerintah sudah mengharamkan semua kegiatan perlombongan di Hpakant semasa musim tengkujuh antara Mei hingga Oktober setiap tahun.
Sebagai mematuhi arahan tersebut, syarikat lombong yang berkenaan tidak beroperasi semasa terjadi tanah runtuh itu.
Namun menurut para penduduk tempatan kegiatan melombong jed secara haram masih berterusan, dengan mengabaikan larangan pemerintah.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.