Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

14 orang cedera dalam kemalangan kereta api tanpa pemandu di Tokyo

Seramai 14 penumpang cedera setelah sebuah kereta api tanpa pemandu di Tokyo bergerak ke arah bertentangan dan merempuh sebuah penghadang, menurut polis Jepun pada Ahad (2 Jun). 

Anggaran Waktu Membaca:
14 orang cedera dalam kemalangan kereta api tanpa pemandu di Tokyo

Seramai 14 penumpang cedera setelah sebuah kereta api tanpa pemandu di Tokyo bergerak ke arah bertentangan dan merempuh sebuah penghadang. (Gambar fail: Kazuhiro NOGI/AFP)

Diterbitkan : 02 Jun 2019 09:39PM Dikemas Kini : 02 Jun 2019 09:46PM

TOKYO: Seramai 14 penumpang cedera setelah sebuah kereta api tanpa pemandu di Tokyo bergerak ke arah bertentangan dan merempuh sebuah penghadang, menurut polis Jepun pada Ahad (2 Jun).

Kemalangan itu adalah kemalangan kereta api automatik pertama yang berlaku dalam masa 30 tahun. Media tempatan melaporkan kecederaan yang dialami para penumpang adalah serius tetapi tidak berbahaya.

Menurut presiden pengendali kereta api tersebut, Encik Aihiko Mikami, kereta api itu merempuh sebuah penampan dekat stesen Shin-Sugita setelah bergerak ke arah bertentangan selama 20 meter.

Stesen itu merupakan stesen terminal bagi Laluan Tepi Laut Kanazawa yang tidak mempunyai pemandu di bandar pelabuhan Yokohama.

Menurut Encik Mikami lagi, laluan itu sudah ditutup dan tidak diketahui bila khidmat kereta api itu akan disambung semula.

Berbanding kereta tanpa pemandu yang seringkali dilihat di jalan raya di beberapa negara, kereta api tanpa pemandu sudah diguna di Jepun buat sekian lama.  

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan