14 negara setuju bangunkan ikatan dagangan, ekonomi dan sekitaran
Anggaran Waktu Membaca:
WASHINGTON: Amerika Syarikat dan 13 negara Indo-Pasifik mencapai persetujuan bagi satu hala tuju membangunkan ikatan perdagangan, ekonomi dan sekitaran lebih rapat.
Langkah itu bertujuan meningkatkan lagi pelaburan dan pekerjaan.
Dipanggil Rangka Kerja Ekonomi Indo-Pasifik atau IPEF, ia merangkumi empat tunggak utama yang akan dirundingkan 14 negara berkenaan.
Ini termasuklah perdagangan, yang meliputi aliran data dan hak buruh, daya bingkas rantaian bekalan, tenaga hijau dan piawai sekitaran serta langkah-langkah antirasuah dan cukai.
Bagaimanapun, tidak semua negara akan ikut serta dalam semua tunggak tersebut.
Contohnya, India tidak akan menyertai tunggak perdagangan.
IPEF juga tidak akan menyertakan pemotongan tarif yang lazimnya disertakan dalam perjanjian dagangan bebas.
14 negara yang terlibat mewakili sekitar 40 GDP dunia.
Dalam pada itu, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Gan Kim Yong yang mewakili Singapura di IPEF berkata, keadaan ekonomi global yang terus tidak menentu menjadikan kerjasama serantau dan antarabangsa kini lebih genting.
Beliau menambah, ini termasuklah mewujudkan wadah-wadah bagi negara-negara menangani cabaran-cabaran yang memerlukan tindakan secara kolektif.
IPEF, kata Encik Gan, adalah wadah yang memandang ke depan dan inovatif.
Ia akan membolehkan negara anggotanya bergerak melepasi peraturan dagangan tradisional bagi menangani isu-isu ekonomi yang baru dan sedang muncul.
Encik Gan menarik perhatian, Singapura gembira IPEF berjaya mencapai kemajuan baik sejak dilancarkan pada Mei tahun ini.

Sumber : Agensi berita/DY/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.