14 maut dalam dua serangan berasingan Israel di Gaza
Seramai 14 penduduk Palestin maut dalam dua serangan berasingan yang dilancarkan oleh tentera Israel ke atas Carikan Gaza pada Ahad (5 Jan), sekali gus menjadikan korban jiwa kini mencecah seramai 102 orang.

(Gambar: AP)
Ini menurut anggota perubatan Palestin sedang pihak pengantara dari Amerika Syarikat dan negara-negara Arab menggiatkan usaha demi mencapai perjanjian gencatan senjata.
Menurut pihak berkuasa kesihatan, lima orang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah di kem Nuseirat yang terletak di bahagian tengah Gaza.
Sementara itu, satu lagi serangan udara pula mengorbankan lagi empat individu di Jabalia yang terletak di kawasan pinggir utara wilayah tersebut, di mana tentera Israel telah mendirikan markasnya selama tiga bulan.
Pada hari yang sama juga, sebuah serangan udara Israel menyasarkan sebuah balai polis di Khan Younis, selatan Gaza di mana ia mengorbankan lima individu.
Ia bagaimanapun tidak segera jelas sama ada kesemua yang terkorban adalah pegawai polis.
Tentera Israel menyatakan ia menyasarkan anggota Hamas yang beroperasi dari kawasan kemanusiaan di Khan Younis, dan seorang anggota Jihad Islam yang melancarkan serangan dari kawasan kemanusiaan di Deir Al-Balah.
Sebelum ini pada hari Ahad, kementerian kesihatan Gaza menyatakan serangan Israel ke atas wilayah itu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 88 penduduk Palestin dan menyebabkan lebih 200 individu cedera dalam tempoh 24 jam lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.