14 maut apabila pesawat ringan terhempas di utara Brazil
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Bernama)
SAO PAULO: Sekurang-kurangnya 14 orang terbunuh selepas sebuah pesawat ringan terhempas di Barcelos, bandar di pedalaman Amazonas di utara Brazil pada Sabtu (17 Sep), menurut pihak berkuasa tempatan.
"Mangsa terdiri daripada pelancong yang dalam perjalanan untuk menjalankan aktiviti memancing," kata Gabenor Amazonas Wilson Lima pada sidang media.
Berdasarkan maklumat awal, kesemua pelancong itu merupakan warga tempatan.
Dilaporkan bahawa juruterbang menghadapi masalah mencari landasan untuk mendarat di Barcelos, destinasi penggemar aktiviti memancing.
Syarikat penerbangan Manaus Aerotaxi dalam satu kenyataan media sosial mengesahkan nahas itu.
Menurut Datuk Bandar Barcelos Edson Mendes, pasukan Pertahanan Awam menjumpai 14 mayat, termasuk 12 penumpang, juruterbang dan pembantu juruterbang.

Sumber : Bernama/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.