14 maut, 450 cedera dalam letupan 'walkie-talkie' di Lubnan
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Mahmoud ZAYYAT / AFP
BEIRUT: Radio genggam yang digunakan oleh kumpulan Hezbollah meletup pada Rabu (18 Sep) di seluruh selatan Lubnan, di pinggir bandar Beirut dan Lembah Bekaa, meningkatkan lagi ketegangan dengan Israel sehari selepas berlaku letupan serupa melibatkan alat kelui kumpulan itu.
Kementerian Kesihatan Lubnan menyatakan 14 orang terbunuh dan 450 yang lain cedera pada Rabu (18 Sep), manakala angka korban akibat letupan pada Selasa sudah meningkat kepada 12, termasuk dua kanak-kanak, dengan hampir 3,000 cedera.
Sekurang-kurangnya satu daripada letupan pada Rabu berlaku berhampiran upacara pengebumian yang diadakan oleh Hezbollah yang disokong Iran bagi mereka yang terbunuh pada hari sebelumnya apabila beribu-ribu alat kelui yang digunakan kumpulan itu meletup di seluruh negara dan mencederakan ramai anggotanya.
Seorang wartawan Reuters di pinggir selatan Beirut berkata, dia melihat anggota Hezbollah terkial-kial cuba mengeluarkan bateri daripada mana-mana walkie-talkie mereka yang tidak meletup, melemparkan bahagian alat tersebut ke dalam tong logam.
Palang Merah Lubnan menyatakan pada X bahawa ia memberikan respons dengan mengerahkan 30 pasukan ambulans ke pelbagai letupan di kawasan-kawasan yang berbeza, termasuk selatan Lubnan dan Lembah Bekaa.
Hezbollah, yang menjadi kucar-kacir buat seketika disebabkan oleh serangan alat kelui, berkata pada Rabu bahawa ia telah menyerang kedudukan pasukan artileri Israel dengan melancarkan roket, serangan pertama terhadap musuh ketatnya sejak letupan itu, yang meningkatkan risiko berlaku perang di Timur Tengah yang lebih luas.
Tentera Israel berkata semboyan amaran dibunyikan sebanyak beberapa kali di utara Israel tetapi tiada laporan mengenai sebarang kerosakan atau kemalangan jiwa.
Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant berkata pada Rabu bahawa medan perang kini tertumpu di bahagian utara, iaitu di mana Lubnan bersempadan dengan Israel, dengan lebih banyak tentera dan sumber dikerahkan ke kawasan itu.
"Kami membuka fasa baharu dalam peperangan ini. Ia memerlukan keberanian, keazaman dan ketabahan daripada kami," katanya, dalam ucapan di pangkalan tentera udara Israel.
Gambar-gambar walkie-talkie yang meletup yang diperiksa oleh Reuters menunjukkan panel dalam alat tersebut dengan label "ICOM" dan "dibuat di Jepun".
Menurut laman webnya, ICOM ialah sebuah syarikat komunikasi radio dan telefon yang berpangkalan di Jepun.
Syarikat itu menyatakan bahawa pengeluaran beberapa model peranti ICOM telah dihentikan, termasuk IC-V82, yang kelihatan hampir sepadan dengan imej dari Lubnan pada Rabu dan telah dihentikan secara berperingkat pada 2014.
Tiada jawapan segera daripada pihak ICOM kepada permintaan untuk mengulas tentang perkara itu pada Rabu (18 Sep).

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : Reuters/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.