Skip to main content

Dunia

14 lagi maut akibat banjir di Assam, India

Anggaran Waktu Membaca:
14 lagi maut akibat banjir di Assam, India

Penduduk mengharungi kawasan yang dinaiki air akibat banjir di Assam, India. (Gambar: Reuters/Amit Dave)

Diterbitkan : 25 Jul 2026 10:09PM
  • Banjir di Assam, timur laut India, telah meragut 14 nyawa lagi dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah korban 61 orang.
  • Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri melaporkan kematian terbaharu di tiga daerah, dengan Charaideo paling teruk terjejas.
  • Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma, menyatakan hampir 1.1 juta penduduk di lebih 2,000 kampung terjejas akibat banjir ini.
  • Paras air sungai masih tinggi dan pasukan berkaitan diarahkan untuk terus berwaspada menghadapi sebarang kemungkinan.
Dijana oleh AI
NEW DELHI: Seramai 14 lagi maut akibat banjir yang melanda negeri Assam di timur laut India dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 61 orang.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Negeri, kematian terbaharu dilaporkan di tiga daerah, dengan Charaideo mencatatkan jumlah tertinggi iaitu tujuh mangsa.

Ketua Menteri Assam, Himanta Biswa Sarma, berkata keadaan masih membimbangkan apabila hampir 1.1 juta penduduk terjejas di lebih 2,000 kawasan perkampungan.

Beliau berkata paras air sungai masih melepasi atau menghampiri paras bahaya.

Menurutnya lagi, pasukan berkaitan diarahkan supaya terus berwaspada bagi menghadapi sebarang kemungkinan.
Sumber : Bernama/FD/fd
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita