Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

14 kanak-kanak maut selepas feri karam di sungai Mekong

Anggaran Waktu Membaca:

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya 14 kanak-kanak maut apabila feri yang membawa mereka pulang dari sekolah karam di sungai Mekong, Kemboja.

Menurut pihak berkuasa pada Jumaat (14 Okt), feri tersebut membawa jumlah penumpang yang melebihi muatan. 

Pasukan penyelamat mencari seorang lagi pelajar selepas insiden itu yang berlaku pada Khamis (13 Okt) di wilayah Kandal, sekitar 53 kilometer dari tenggara ibu kota Phnom Penh, kata Ketua Polis Wilayah Chhoeun Sochet kepada Reuters. 

Kesemua mangsa berusia antara 11 hingga 14 tahun, tambahnya. 

"Kes ini disebabkan oleh pemilik bot yang membawa jumlah penumpang melebihi hadnya, kecuaian dan tiada jaket keselamatan untuk perlindungan," kata beliau menerusi catatan di media sosial. 

Dua pelajar dan dua pengendali bot terselamat, lapor AFP. 

Perdana Menteri Hun Sen mengucapkan takziah di media sosial dan mengarahkan pihak berkuasa untuk menghulurkan bantuan kepada para keluarga mangsa-mangsa. 

"Orang ramai, khususnya mereka yang tinggal di sekitar sungai, perlu berhati-hati apabila situasi banjir semakin meningkat," kata beliau sambil merujuk kepada musim tengkujuh yang dialami.

Jutaan warga Kemboja menetap dan bekerja berhampiran sungai Mekong, laluan air utama yang merentasi beberapa negara Asia Tenggara serta China. 

Sumber : Agensi berita/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan