Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

14 ditemui maut susuli nahas pesawat Tara Air; operasi menyelamat diteruskan

Anggaran Waktu Membaca:
14 ditemui maut susuli nahas pesawat Tara Air; operasi menyelamat diteruskan

(Gambar: Yunish Gurung/AFP)

Diterbitkan : 30 May 2022 03:36PM Dikemas Kini : 30 May 2022 03:39PM

KATHMANDU: Pesawat Nepal yang hilang dengan 22 penumpang di dalamnya ditemui terhempas, lapor agensi berita Xinhua, yang memetik Tentera Nepal pada pagi Isnin (30 Mei).

Pasukan penyelamat di Nepal menemui 14 mayat pada Isnin (30 Mei) sedang mereka menjalankan operasi di kawasan pergunungan Himalaya untuk mencari bangkai pesawat malang itu.

Menurut para pegawai, peluang untuk mencari mangsa yang terselamat adalah tipis.

"Pesawat Tara Air ditemui terhempas di Sanosware di Bahagian-2 Perbandaran Luar Bandar Thasang di daerah Mustang," kata jurucakap tentera Brigedier Jeneral Narayan Silwal dalam kenyataannya.

"Butiran lanjut mengenainya akan menyusul."

Pesawat Twin Otter yang membawa 19 penumpang dan tiga anak kapal, termasuk empat warga India dan dua warga Jerman, hilang pada pagi Ahad ketika dalam penerbangan dari bandar Pokhara ke bandar pergunungan Jomsom di daerah Mustang.

Sumber : BERITA Mediacorp/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan