14 cedera, 3 parah setelah tangga bergerak di stesen kereta api Korea Selatan tiba-tiba tukar arah
Anggaran Waktu Membaca:

SEOUL: Kesibukan orang ramai yang bergegas ke tempat kerja pada waktu pagi menggunakan perkhidmatan kereta api bawah tanah di Seongnam, Korea Selatan dikejutkan dengan satu insiden buruk melibatkan tangga bergerak di salah sebuah stesen.
Dalam kejadian pada jam 8.20 pagi Khamis (8 Jun), tangga bergerak yang sedang sesak membawa orang ramai naik dari ruang platform stesen Sunae di selatan Seoul tiba-tiba saja hilang fungsi lalu terundur laju.
Media tempatan melaporkan, dalam kekecohan itu, 14 orang cedera dengan tiga daripadanya mengalami cedera parah pada bahagian belakang badan serta kaki.
Rakaman CCTV yang tular di media sosial menunjukkan puluhan orang yang sedang menaiki tangga bergerak itu saling berhimpit dan tertimpa antara satu sama lain apabila tangga bergerak berkenaan menukar haluan secara tiba-tiba dan bergerak laju ke bawah.
Terdapat individu yang cuba memanjat ke tepi tangga bergerak untuk melepaskan diri daripada terjatuh dan berguling beramai-ramai, manakala ada yang dilihat cuba menyelamatkan diri dengan terpaksa melompat keluar, melangkah serta memijak pengguna lain yang sudah rebah.
Dalam situasi cemas berkenaan, terlanggar dan terpijak anggota tubuh orang lain secara tidak sengaja tidak dapat dielakkan, sekali gus menyumbang kepada bilangan mereka yang cedera.
Pihak berkuasa Korea Selatan sedang menjalankan siasatan tentang insiden itu untuk mengenal pasti punca kejadian.
Buat sementara waktu, kemudahan tangga bergerak berkenaan ditutup kepada orang ramai.

Sumber : AGENCIES/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.