14 askar tentera laut Thailand cedera, kapal terkena tembakan meriam
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: AFP/MADAREE TOHLALA)
BANGKOK: Seramai 14 anggota Tentera Laut Diraja Thailand mengalami kecederaan apabila tembakan meriam dari kapal tentera laut, HTMS Chonburi, terkena bahagian belakang kapal HTMS Khirirat di Pangkalan Tentera Laut Sattahip di Chon Buri.
Jurucakap Tentera Laut Diraja Thailand, Laksamana Muda Wirudom Muangjeen berkata, dalam kejadian kira-kira tengah hari Khamis (14 Mac), tembakan artileri tentera laut itu dilepaskan dari artileri depan HTMS Chonburi terkena bahagian belakang HTMS Khirirat, sebuah frigat, yang berlabuh di Jeti Laem Thian.
Pasukan bomba bertindak memadamkan kebakaran di atas kapal berkenaan.
Semua mangsa dikejarkan ke hospital di Sattahip dan ramai anak kapal yang terhidu asap.
HTMS Chonburi kembali ke pangkalan pada Rabu (13 Mac) selepas tugasan terjejas semasa latihan menembak yang menyaksikan peluru tertinggal di dalam laras meriam.
Tembakan tersebut dilaporkan berlaku semasa proses pembaikan.

Sumber : Bernama/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.