Skip to main content

Dunia

139,000 penumpang kereta api laju Shinkansen terjejas akibat hujan lebat

Anggaran Waktu Membaca:
TOKYO: Sebanyak 88 perkhidmatan kereta api laju Sanyo Shinkansen dibatalkan manakala 229 perkhidmatan ditangguhkan sehingga enam jam, menjejaskan kira-kira 139,300 penumpang pada Sabtu (2 Nov), lapor Agensi Berita Kyodo memetik pengendali JR West.

Syarikat kereta api JR West pada Ahad menyatakan bahawa hujan di beberapa bahagian mencapai tahap maksimum untuk operasi selamat antara Shin-Osaka dan Hakata di barat Jepun pada pagi hari sebelumnya.

Namun perkhidmatan disambung semula selepas pemeriksaan keselamatan selesai dijalankan.

Pada Sabtu, hujan lebat menjejaskan semua perkhidmatan shinkansen antara Hakata dan Tokyo, dengan agensi cuaca menggesa orang ramai berwaspada susulan hujan dijangka berterusan sepanjang cuti hujung minggu tiga hari itu.

Agensi Meteorologi Jepun berkata cuaca dijangka bertambah baik pada Ahad,  namun masih memberi amaran risiko limpahan sungai dan tanah runtuh.
 
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita