Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

13 terkorban dalam kebakaran kelab malam Thailand

Anggaran Waktu Membaca:
13 terkorban dalam kebakaran kelab malam Thailand

(Gambar: Handout/Sawang Rojanathammasathan Rescue Foundation/AFP)

Diterbitkan : 05 Aug 2022 02:31PM Dikemas Kini : 05 Aug 2022 02:31PM

BANGKOK: Kebakaran tercetus di sebuah kelab malam di Thailand pada awal Jumaat (5 Ogos), meragut sekurang-kurangnya 13 nyawa dan menyebabkan 40 yang lain cedera, menurut seorang pegawai pasukan penyelamat. 

Kebakaran itu berlaku sekitar 1.00 pagi (waktu tempatan) di kelab malam Mountain B di daerah Sattahip di wilayah Chonburi, kira-kira 150 kilometer dari bahagian selatan Bangkok, menurut seorang pegawai daripada Pasukan Penyelamat Sawang Rojanathammasthan tanpa mendedahkan identitinya. 

Rakaman video yang dimuat naik oleh pasukan penyelamat menunjukkan para pelanggan melarikan diri dari kelab malam tersebut sambil memekik-mekik, dengan baju mereka terbakar, sedang kebakaran di kelab malam itu semakin marak. 

Menurut pasukan penyelamat, kebakaran itu diburukkan lagi dengan panel getah yang mudah terbakar di tembok kelab malam tersebut dan ahli bomba mengambil masa lebih tiga jam untuk mengawalnya. 

Empat wanita dan sembilan lelaki yang terkorban itu didapati berada di tempat masuk dan tandas kelab tersebut dan tubuh mereka mengalami kelecuran yang teruk, menurut pasukan tersebut.

Kesemua mangsa dipercayai adalah rakyat tempatan.

"Tiada kematian warga asing," kata Leftenan Kolonel Polis Boonsong Yinyong dari Balai Polis Phlu Ta Luang, yang menyelia kawasan di mana kebakaran itu berlaku, kepada AFP.

Sumber : AFP/NY/ny

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa