13 terbunuh dalam operasi basmi pengganas di Syria
Gambar: AFP/Aaref Watad
SYRIA: Pasukan operasi khas Amerika Syarikat melancarkan operasi antipengganasan besar-besaran ke atas kampung Atmeh di barat laut Syria pada Rabu malam (2 Feb).
Pentagon menyatakan bahawa misi itu berjaya namun tidak pula mendedahkan siapakah sasarannya.
Pasukan Pertahanan Awam Syria 'White Helmet' menyatakan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh, termasuk enam kanak-kanak dan empat wanita.
Para penduduk dan aktivis pula berkata serangan tentera Amerika itu adalah yang terbesar sejak Oktober 2019 yang membunuh pemimpin ISIS, Abu Bakr al-Baghdadi.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.