Skip to main content

Dunia

13 tan udang, sotong beku dirampas cuba dibawa masuk ke M'sia

MAQIS Selangor merampas udang dan sotong sejuk beku dari Indonesia seberat lebih 13 tan yang dianggarkan bernilai RM344,823 (S$111,352) kerana tidak mempunyai permit import yang sah di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat, Shah Alam pada Ahad lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
13 tan udang, sotong beku dirampas cuba dibawa masuk ke M'sia

Barangan sejuk yang dirampas. (Gambar: MAQIS Selangor menerusi BERNAMA)

Diterbitkan : 28 Sep 2021 02:23PM Dikemas Kini : 28 Sep 2021 02:25PM

SHAH ALAM: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas udang dan sotong sejuk beku dari Indonesia seberat lebih 13 tan yang dianggarkan bernilai RM344,823 (S$111,352) kerana tidak mempunyai permit import yang sah di pintu masuk Pelabuhan Klang Barat, Shah Alam pada Ahad lalu.

MAQIS Selangor dalam kenyataannya turut mendedahkan bahawa produk sejuk beku yang cuba dibawa masuk ke tanah air oleh sebuah syarikat tempatan itu dirampas selepas pemeriksaan rutin dijalankan pada sekitar 10.30 pagi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam tahun atau denda tidak melebihi RM100,000 (S$32,392) atau kedua-duanya sekali,” menurut kenyataan tersebut.

MAQIS turut menyatakan bahawa tindakan penguatkuasaan akan terus diperluaskan di semua pintu masuk Malaysia bagi memantau dan memeriksa setiap keluaran pertanian. 

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita