Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

13 orang cedera dalam serangan tikaman berdekatan Seoul

Anggaran Waktu Membaca:
SEOUL: Sekurang-kurangnya 13 orang cedera dalam serangan tikaman pada Khamis (3 Ogos) di Seongnam, selatan ibu kota Seoul.

Demikian menurut agensi berita Korea Selatan Yonhap, merujuk kepada polis.

Tidak jelas betapa serius kecederaan yang dialami mangsa. Menurut laporan itu, seorang individu sudah diberkas.

Serangan itu berlaku berikutan satu lagi serangan tikaman yang jarang berlaku di Seoul beberapa hari lalu, di mana seorang dibunuh dan tiga lagi cedera.

Serangan terbaharu itu berlaku berdekatan stesen kereta api Seohyun yang digunakan ramai penumpang, kira-kira 20 kilometer dari Seoul. Kawasan tersebut mempunyai sebuah gedung serbaneka yang besar serta ratusan kedai runcit.

Menurut laporan Yonhap, individu diberkas di tempat kejadian dan motif serangan tidak diketahui.
Sumber : Reuters/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan