13 Ogos tarikh akhir untuk jemaah haji berlepas dari Saudi

RIYADH: Tarikh akhir untuk meninggalkan Arab Saudi bagi jemaah yang mengerjakan ibadah haji pada tahun ini adalah pada Sabtu (13 Ogos).
Menurut Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, syarikat-syarikat yang menawarkan khidmat kepada para jemaah luar negara mesti mematuhi jadual keberangkatan jemaah, lapor Saudi Gazette.
Syarikat-syarikat tersebut juga perlu memastikan prosedur perjalanan untuk para jemaah yang datang ke Arab Saudi selesai diuruskan mengikut pelan operasi yang dilaksanakan semasa musim Haji tahun ini.
Kementerian itu turut memaklumkan syarikat-syarikat tersebut tentang betapa pentingnya untuk melancarkan proses keberangkatan kumpulan jemaah terakhir.
Bukan itu saja, para jemaah yang masih berada di Saudi juga diingatkan supaya memeriksa butiran pengangkutan dan penginapan yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang mengaturkan perjalanan mereka.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.