13 menteri, 23 timbalan menteri angkat sumpah di Istana Negara
Seramai 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri kerajaan Pakatan Harapan hari ini (2 Jul) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.
Petikan gambar rakaman istiadat angkat sumpah di Istana Negara.
KUALA LUMPUR: Seramai 13 lagi menteri Kabinet dan 23 timbalan menteri kerajaan Pakatan Harapan hari ini (2 Jul) mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara.
Istiadat itu disaksikan Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan Timbalan Perdana Menteri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
13 menteri yang mengangkat sumpah hari ini (2 Jul) menjadikan keseluruhan 26 menteri dalam Kabinet Dr Mahathir, 13 menteri terdahulu mengangkat sumpah pada 21 Mei lalu.
Istiadat yang bermula pada 11.00 pagi itu dimulakan dengan kumpulan pertama jemaah menteri yang diketuai Anggota Parlimen Muar Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, 25 tahun, sebagai Menteri Belia dan Sukan.
Ini menjadikan Ketua Belia Parti Pribumi Bersatu itu pemimpin termuda yang dilantik sebagai menteri penuh dalam Kabinet.
Setiausaha Agong Pakatan Harapan, Saifuddin Abdullah, kini memegang portfolio Menteri Luar manakala Cik Teresa Kok dari Parti Tindakan Demokrat dilantik Menteri Industri Utama, sementara Dr Xavier Jayakumar dari Parti Keadilan Rakyat dilantik Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.