13 maut dalam letupan peluru di Indonesia

Beberapa ambulans bersedia untuk membawa mangsa letupan keluar dari lokasi kejadian di daerah Garut, Jawa Barat, Indonesia. - (Gambar: Polis Garut)
Letupan itu berlaku sekitar jam 9.30 pagi waktu tempatan pada Isnin (12 Mei) di kawasan terpencil di daerah Garut, lokasi rutin pemusnahan peluru usang oleh Tentera Darat Indonesia.
Ketua Pusat Penerangan TNI Angkatan Darat, Mejar Jeneral Kristomei Sianturi berkata semua mangsa dibawa keluar dari lokasi kejadian di Kampung Sagara, Cibalong dan dihantar ke Hospital Pameungpeuk untuk proses bedah siasat.
Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian sedang dijalankan dan pihak berkuasa terus mengawal serta membersihkan kawasan itu kerana dikhuatiri masih terdapat bahan letupan lain yang belum dimusnahkan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.