Skip to main content

Dunia

13 kawasan di Kuala Lumpur alami gangguan bekalan air hingga Jumaat pagi

Anggaran Waktu Membaca:
13 kawasan di Kuala Lumpur alami gangguan bekalan air hingga Jumaat pagi

Gambar fail air paip. (Gambar: AFP/Philippe Huguen)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 13 kawasan sekitar Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan kerja-kerja kecemasan bagi pembaikan paip pecah di Jalan Kuari, Kampung Cheras Baru yang berlaku pada pukul 8.45 malam Khamis (10 Mac).

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri, dalam kenyataan memaklumkan kawasan yang terjejas ialah Taman Muda, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Pandan, Kampung Cheras Baru, Taman Mawar, Taman Seraya, Taman Mega, Taman Bukit Teratai, Taman Melur, Taman Saga, Taman Putra, Taman Mewah dan Taman Mestika.

Beliau berkata pembaikan paip pecah dijangka siap sepenuhnya pada pukul 8.45 pagi ini (11 Mac) dan bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat kepada premis pengguna selepas kerja-kerja itu selesai dilaksanakan.

Kata beliau, bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan ke kawasan terjejas dengan keutamaan diberikan kepada premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini.

Cik Elina berkata sehubungan itu, pihaknya memohon kerjasama orang ramai untuk mematuhi penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka semasa mendapatkan bekalan air daripada lori tangki.

“Para pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300 bagi mendapatkan maklumat lanjut,” kata beliau.

Sumber : Bernama/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita