13 jemaah haji Iran meninggal dunia dek cuaca panas
Anggaran Waktu Membaca:
Kesesakan di Kaabah pada hari pertama Aidiladha. (Gambar: Bernama)
JEDDAH: Seramai 13 warga Iran meninggal dunia semasa menunaikan ibadah haji di Makkah, Arab Saudi akibat cuaca panas, menurut Ibu Pejabat Operasi Kesihatan Persatuan Bulan Sabit Merah Iran pada Sabtu (8 Jun).
Persatuan itu dalam satu kenyataan yang dimuat naik ke Telegram memaklumkan bahawa seramai 13 jemaah Iran meninggal dunia semasa menunaikan haji di Arab Saudi setakat ini.
Semalam, Malaysia juga melaporkan seorang lagi jemaahnya meninggal dunia akibat serangan jantung. Ini menjadikan jumlah keseluruhan warga Malaysia yang meninggal dunia semasa menunaikan haji adalah seramai 8 orang sejauh ini.
Semasa musim haji 2024, seramai 240 jemaah dilaporkan meninggal dunia dan lebih 10,000 kes penyakit berkaitan cuaca panas direkodkan.
Tahun lalu, lebih 1,300 kematian dilaporkan dengan sekurang-kurangnya 550 meninggal dunia akibat cuaca panas.
Mangsa-mangsa yang selebihnya terkorban berikutan persekitaran yang terlalu sesak sehingga menjejas pernafasan.
Maka bagi tahun ini, kerajaan Arab Saudi menguatkuasakan undang-undang ketat yang memastikan semua jemaah yang berada di Tanah Suci memegang Visa Haji yang sah.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.