Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

13 cedera selepas trak tangki gas meletup di Kemboja

Sekurang-kurangnya 13 orang cedera apabila sebuah trak yang membawa tangki gas meletup di wilayah Siem Reap di bahagian timur laut Kemboja hari ini (15 Ogos), lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Anggaran Waktu Membaca:
13 cedera selepas trak tangki gas meletup di Kemboja

Trak yang meletup sedang memindahkan 2,000 liter LPG ke dalam tangki simpanan apabila nahas berlaku. (Gambar petikan skrin YouTube)

Diterbitkan : 15 Aug 2019 09:56PM Dikemas Kini : 15 Aug 2019 10:06PM

PHNOM PENH: Sekurang-kurangnya 13 orang cedera apabila sebuah trak yang membawa tangki gas meletup di wilayah Siem Reap di bahagian timur laut Kemboja hari ini (15 Ogos), lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Timbalan Ketua Polis Wilayah Brigadier Jeneral Phing Sambath berkata insiden itu berlaku di stesen gas petroleum (LPG) di Wat Bo di wilayah Siem Reap.

Insiden itu berlaku ketika trak yang membawa 2,000 liter LPG sedang memindahkan gas berkenaan ke dalam tangki simpanan stesen tersebut.

Seorang pegawai polis adalah antara mangsa yang cedera.

Punca letupan masih disiasat, kata Encik Sambath.

Sumber : Bernama/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan