Skip to main content

Dunia

13 cedera selepas kereta rempuh pasar di Seoul

Anggaran Waktu Membaca:
13 cedera selepas kereta rempuh pasar di Seoul

(Gambar: AFP/YONHAP)

Diterbitkan : 01 Jan 2025 02:21PM Dikemas Kini : 01 Jan 2025 02:25PM
SEOUL: Sekurang-kurangnya 13 orang cedera di Seoul selepas sebuah kereta merempuh pasar tradisional, lapor Sputnik/RIA Novosti, memetik agensi berita Yonhap. 

Kejadian itu berlaku pada Selasa (31 Dis), apabila seorang lelaki berusia 73 tahun memandu sedannya merempuh orang ramai di Pasar Mokdong Kkaebi di barat daya Seoul, kata polis, sambil menambah bahawa saksi melaporkan bahawa kenderaan itu bergerak kira-kira 330 kaki ke dalam pasar sebelum berhenti.

"Saya memecut untuk mengelak bas di hadapan saya dan kemudian menekan brek berhampiran gerai pasar. Bagaimanapun, saya tidak ingat dengan jelas apa yang berlaku seterusnya," kata pemandu itu, yang ujian alkohol dan dadah menunjukkan keputusan negatif.

Bagaimanapun, dia tidak mengatakan bahawa kejadian tersebut disebabkan oleh pecutan kereta itu secara tiba-tiba, kata polis.

Penguatkuasa undang-undang Seoul menyatakan ia akan menyiasat perkara itu menggunakan rakaman daripada kamera pengawasan pasar.
Sumber : Bernama/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita