Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

120 pemimpin diundang hadiri Sidang Puncak Demokrasi Biden yang ke-2

Anggaran Waktu Membaca:
120 pemimpin diundang hadiri Sidang Puncak Demokrasi Biden yang ke-2

Gambar: AP Photo/Andrew Harnik

WASHINGTON: Pentadbiran Biden mengundang 120 pemimpin dunia untuk menghadiri Sidang Puncak Demokrasi minggu depan, termasuk wakil daripada lapan negara yang tidak diundang semasa sidang puncak pada tahun 2021.

Demikian menurut pegawai pentadbiran kanan Biden yang memberitahu Associated Press dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan untuk berbincang tentang undangan yang belum dikeluarkan kepada sidang media. Bosnia, Herzegovina, Gambia, Honduras, Ivory Coast, Lichtenstein, Mauritania, Mozambique dan Tanzania diundang selepas dikecualikan pada 2021.

Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskyy dijangka akan mengambil bahagian dalam acara sebelum sidang tersebut pada Selasa (28 Mac), yang tertumpu kepada Ukraine bersama Setiausaha Negara Antony Blinken.

Sidang puncak tahun ini akan berlangsung pada Rabu (29 Mac) dan Khamis (30 Mac). Ia akan dianjurkan bersama oleh pemerintah Costa Rica, Belanda, Korea Selatan dan Zambia. Hari pertama sidang puncak itu adalah format maya dan akan diikuti dengan perhimpunan hibrid di setiap negara tuan rumah dengan wakil daripada pemerintah, masyarakat sivil dan sektor swasta mengambil bahagian.

Presiden Biden akan membuat kenyataan peristiwa-peristiwa yang berlaku pada tahun lalu sudah memberi kelegaan yang nyata bahawa pemerintah demokratik yang berlandaskan kedaulatan undang-undang dan kehendak pihak yang ditadbir kekal - walaupun sering kucar-kacir - merupakan sistem terbaik untuk memastikan kemakmuran dan keamanan, menurut pegawai Rumah Putih.
Sumber : AP/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan