Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 pesawat India terima ancaman bom dalam tiga hari

Anggaran Waktu Membaca:
12 pesawat India terima ancaman bom dalam tiga hari

(Gambar: AFP/INDRANIL MUKHERJEE)

INDIA: Lagi dua pesawat penumpang India dilencongkan pada Rabu (16 Okt), yang terkini dalam beberapa ancaman bom palsu yang dibuat kepada syarikat-syarikat penerbangan melibatkan negara itu - membawa jumlahnya kepada 12 dalam tempoh tiga hari.

Pesawat Akasa Air, yang melakukan penerbangan dari ibu kota India new Delhi ke bandar selatan Bengaluru, "menerima ancaman keselamatan" dan pesawat itu diarahkan berpatah balik sebagai "langkah berjaga-jaga".

Menurut Akasa Air pasukan respons keselamatan sedang memantau keadaan dan bahawa juruterbang mematuhi "semua prosedur kecemasan yang diperlukan bagi pendaratan selamat di Delhi".

Satu lagi pesawat, syarikat penerbangan domestik IndiGo yang sedang melakukan penerbangan dari Mumbai ke New Delhi, dilencongkan ke Ahmedabad.

Pengarah Urusam Biro Keselamatan Penerbangan Awam (BCAS) Zulfiquar Hasan memberitahu akhbar Times of India bahawa "ruang udara India sangat selamat" dan berkata polis sedang berusaha untuk mengenal pasti pelakunya.

"Kami yakin dapat menjejak semua pelaku di sebalik mesej-mesej ancaman ini dan akan mengambil tindakan tegas di bawah undang-undang," Encik Zulfiquar memberitahu akhbar tersebut.

Pada Selasa, sebuah pesawat Air India Express yang menghala ke Singapura diiringi oleh dua jet F-15SG jauh dari kawasan berpenduduk. Ia kemudian mendarat di Lapangan Terbang Changi.
Ia merupakan salah satu daripada beberapa pesawat yang berlepas dari India yang terganggu pada Isnin (14 Okt) dan Selasa (15 Okt) disebabkan ancaman bom, menurut laporan media India.

Sebuah pesawat Air India Express dari Ayodhya ke Bengaluru juga menerima ancaman bom palsu pada Selasa, menurut NDTV.

Sebuah pesawat Air India dari New Delhi ke Chicago terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Iqaluit di Kanada selepas "ancaman keselamatan" dimuat naik online, menurut syarikat penerbangan tersebut.
Ancaman palsu serupa juga diterima IndiGo bagi dua penerbangan dari Mumbai pada Isnin - satu ke Jeddah di Arab Saudi dan satu lagi ke Muscat di Omas, menurut laporan media India.

Sebuah pesawat Air India dari Mumbai ke New York juga terjejas sedang ia dilencongkan ke Delhi pada Isnin, menurut laporan media India.
Sumber : Agensi berita/NK/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan