12 pendaki M'sia hilang di Himachal Pradesh
Anggaran Waktu Membaca:
Gunung Manali di wilayah utara India. (Gambar: Unsplash)
KUALA LUMPUR — 12 orang pendaki Malaysia hilang ketika mendaki Gunung Manali di India.
Menurut Kementerian Luar Malaysia dalam satu kenyataan pada Rabu (12 Julai), kumpulan itu terputus hubungan dengan para ahli keluarga mereka sejak Ahad berikutan hujan lebat di wilayah itu.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi dimaklumkan tentang apa yang berlaku kepada kumpulan itu pada Ahad ketika mereka mendaki melalui Hampta Pass di Himachal Pradesh.
Usaha untuk mencari mereka dimulakan serta-merta apabila kumpulan itu tidak dapat dihubungi.
Kementerian Luar Malaysia akan terus memantau keadaan di Himachal Pradesh dan menasihatkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan untuk menghubungi Suruhanjaya Tinggi untuk sebarang bantuan konsular.
Gunung Manali terletak di wilayah utara India.
Wilayah itu dilanda hujan lebat sejak tiga hari lalu, menyebabkan kerosakan jalan raya dan meningkatkan jumlah air melanda di kampung-kampung Manali.
Penduduk tempatan juga melaporkan kejadian tanah runtuh di wilayah Manali berhampiran Himachal Pradesh.
Walaupun ia menjadi daya tarikan bagi para pelancong dan pendaki, Gunung Manali sering dikenali sebagai tapak mendaki yang berbahaya.
Hampta Pass, lokasi terakhir kumpulan Malaysia itu, juga merupakan tapak di mana seorang pengembara dari Mumbai telah rebah sebelum diisytiharkan mati pada 2017.
Ini bukan kali pertama pendaki Malaysia hilang daripada radar semasa ekspedisi mendaki di luar negara.
Dalam kes terbaru, pendaki orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari Hashim, 33 tahun hilang pada Mei lalau selepas mendaki Gunung Everest. Beliau masih belum ditemui.

BACA:
Sumber : Agensi berita/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.