12 parti pembangkang Malaysia bentuk gabungan longgar perjuangkan isu rakyat
Anggaran Waktu Membaca:
KUALA LUMPUR: 12 parti pembangkang Malaysia pada Isnin (18 Ogos) bersetuju membentuk satu gabungan longgar bagi memperjuangkan isu-isu yang didakwa mereka gagal diselesaikan kerajaan Madani, termasuk janji reformasi.
Gabungan itu terdiri daripada Bersatu, PAS, Gerakan, Pejuang, Muda, Parti Rakyat India Malaysia (MIPP), Putra, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Parti Sosialis Malaysia (PSM), Parti Kemajuan Malaysia (MAP), dan Parti Perikatan India Muslim Nasional (Iman).
Sebuah lagi pertubuhan yang terlibat ialah parti yang belum didaftarkan secara rasmi - Bersepakat Hak Rakyat Malaysia (Urimai), seperti dinukil laporan Malaysiakini.
Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin, bagaimanapun berkata nama bagi gabungan longgar itu hanya akan diumumkan pada mesyuarat mereka yang akan datang.
Encik Muhyiddin berkata mereka akan memberi tumpuan terhadap isu-isu semasa yang utama dihadapi rakyat.
“Kami sepakat di sini - tak ada satu pimpinan parti yang tak setuju - ini satu perkara perlu diberi perhatian dan keutaman termasuk soal Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) sedang dibentang dan dibahas (yang) dilihat tak dapat selesai banyak isu utama oleh kerajaan," katanya pada sidang media selepas pertemuan dengan pemimpin parti-parti tersebut di Kuala Lumpur seperti dinukil Malaysiakini.
Encik Muhyiddin yang juga Pengerusi PN menambah, langkah membentuk gabungan longgar itu adalah tindakan pertama diambil sebelum diikuti dengan keputusan lain kemudian.
Antara lain, katanya, mereka akan berbincang dengan kumpulan masyarakat seperti peniaga, penguasaha, dan kumpulan tertentu bagi mendekati masalah yang mereka hadapi serta mencadangkan pendekatan tertentu untuk diambil kerajaan.
Antara pemimpin kanan pembangkang yang turut hadir bersama Encik Muhyiddin ialah Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man; Presiden Gerakan, Dominic Lau dan Setiausaha Agung Bersatu, Azmin Ali.
Encik Muhyiddin berkata gabungan parti-parti itu adalah sebuah badan yang longgar dan bukan gabungan politik yang berdaftar secara rasmi.
“Kita tak ada tentukan perkara khusus, tapi (sebuah badan yang) apa sahaja kita fikir ada kepentingan bersama yang menyentuh baik soal politik ekonomi, sosial, pendidikan sebagainya dan boleh guna platform untuk bincang bersama dan ambil keputusan bersama.
"Ia bukan satu parti, banyak parti.
“(Gabungan ini) longgar untuk membolehkan kami jemput semua pimpinan parti yang ada.
"Ia tak semestinya dalam PN untuk bincang sesuatu perkara, sebaliknya fokus kami mencari jalan membantu selesaikan masalah mereka (rakyat),” katanya seperti dilapor Malaysiakini.
Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Pagoh itu berkata, antara isu yang diambil pendirian bersama antara parti pembangkang terbabit ialah kos sara hidup yang didakwa paling membebankan rakyat.
Menurutnya, walaupun kadar inflasi rendah, di banyak tempat kos dan harga barang adalah tinggi berbanding sebelum ini.
Encik Muhyiddin mendakwa antara punca peningkatan itu ialah penyasaran subsidi minyak yang memberi kesan kepada kos logistik.
Justeru, rakyat kini menanggung beban oleh pelbagai dasar yang sudah pun dan sedang dilaksana kerajaan.
“Selain itu, isu kedua ialah cukai-cukai dikenakan kerajaan termasuk SST (cukai barangan dan perkhidmatan) yang diperluas kepada hampir 6,000 jenis barangan sejak 1 Julai lalu dan kesannnya ditanggung oleh sektor perniagaan," katanya.

Sumber : Bernama/HA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.