Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 orang lemas semasa upacara kegamaan di India

Seramai 12 orang mati lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik semasa satu upacara keagamaan, menurut pihak-pihak berkuasa.

Anggaran Waktu Membaca:
12 orang lemas semasa upacara kegamaan di India

Bot membawa sekitar 25 penumpang terbalik di tengah-tengah upacara keagamaan di India. (Gambar: Gagan Nayar/AFP)

Diterbitkan : 13 Sep 2019 03:52PM Dikemas Kini : 13 Sep 2019 03:53PM

NEW DELHI: Seramai 12 orang mati lemas apabila bot yang mereka naiki terbalik semasa satu upacara keagamaan, menurut pihak-pihak berkuasa.

Polis menyatakan lima orang berjaya diselamatkan dari tasik Bhopal, tengah India.

Bot tersebut, yang membawa antara 20 hingga 25 penumpang, dilaporkan miring ke tepi lalu terbalik ketika para penganut Hindu sedang hendak menurunkan salah satu patung berhala ke dalam tasik tersebut.

"12 orang sudahpun ditemui setakat ini dan pencarian masih diteruskan bagi seorang lagi penumpang," menurut kenyataan Pasukan Respons Bencana Negara (NRDF).

Bot-bot di India sering membawa terlalu ramai orang, menyebabkan kemalangan kerap kali berlaku. 

Sumber : AFP/NF/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan