Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 negeri di M'sia diramal akan dilanda ribut petir, hujan lebat pagi 20 Apr

Anggaran Waktu Membaca:

KUALA LUMPUR: Sebanyak 12 negeri di Malaysia termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya serta Sarawak dijangka berdepan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga pukul 10.00 pagi Khamis (20 Apr). 

Amaran cuaca buruk yang membabitkan beberapa kawasan di negeri berkenaan dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan di Facebook, lapor Harian Metro. 

Menurut jabatan itu, kawasan dikenal pasti adalah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; selain Pulau Pinang, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur serta Melaka.

"Di Perak membabitkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.

"Turut terkesan, Gua Musang, Kelantan; Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis); Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau dan Tampin); Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai dan Johor Bahru) dan Samarahan (Simunjan) dan Sri Aman (Sri Aman) di Sarawak," katanya.

Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter sejam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu keluaran," katanya, seperti dipetik Harian Metro.

Sumber : Agensi berita/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan