Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 maut, puluhan cedera setelah bot terbalik di India

Sekurang-kurangnya 12 orang mati lemas manakala puluhan lain hilang selepas sebuah bot pelancong terbalik di sebatang sungai Indi pada Ahad (15 Sep), menurut polis dan laporan media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
12 maut, puluhan cedera setelah bot terbalik di India

Anggota-anggota keluarga mangsa insiden boat terbalik di sebatang sungai India yang berlaku pada 15 September 2019. (Gambar: AFP/STR)

Diterbitkan : 16 Sep 2019 11:02AM Dikemas Kini : 16 Sep 2019 11:04AM

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya 12 orang mati lemas manakala puluhan lain hilang selepas sebuah bot pelancong terbalik di sebatang sungai Indi pada Ahad (15 Sep), menurut polis dan laporan media tempatan.

Semasa insiden tersebut, bot The Royal Vashishta sedang membawa 63 penumpang - kebanyakannya pelancong - ke sebuah tempat berkelah dekat Rajahmundry di Andhra Pradesh, di tenggara India.

Seorang pegawai kanan polis berkata pasukan penyelamat termasuk para penyelam dan sebuah helikopter dikerahkan untuk menjalankan operasi mencari mangsa yang hilang di sungai berkenaan.

Polis memberitahu agensi berita Press Trust of India bahawa kira-kira 12 mayat sudah ditemui manakala 17 penumpang berjaya diselamatkan.

Minggu lalu, puluhan orang dilaporkan maut di tengah Bhopal selepas dua bot tenggelam semasa upacara keagamaan di sebuah sungai.

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan