12 maut, lebih 300 cedera dalam serangan di lapangan terbang Riyadh, Houthi dipersalahkan
Anggaran Waktu Membaca:
Kereta-kereta melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid di Riyadh, Arab Saudi pada 19 September 2026. (Gambar: AFP)
12 killed, over 300 injured in attack on Riyadh airport, Houthis blamed
- A suspected Houthi attack on Riyadh international airport on Saturday, Oct 10, killed at least 12 people and injured 309 victims.
- Saudi authorities suspended airport operations to assess the damage, while the Ministry of Health deployed doctors because many of the injured were seriously hurt.
- The United States, Canadian, German and Spanish embassies urged their citizens to stay away from the area, with some embassies barring staff from using the airport next week.
- The attack took place as the Yemen conflict intensified after a ceasefire failed, and Donald Trump said the United States might review its involvement in the Saudi attacks.
- Serangan disyaki Houthi ke atas lapangan terbang antarabangsa Riyadh pada Sabtu, 10 Oktober, mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan 309 mangsa.
- Pihak berkuasa Saudi menggantung operasi lapangan terbang untuk menilai kerosakan, manakala Kementerian Kesihatan mengerahkan doktor kerana ramai cedera parah.
- Kedutaan Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan Sepanyol menggesa rakyat menjauhi kawasan itu, dengan beberapa kedutaan melarang kakitangan menggunakan lapangan terbang minggu depan.
- Serangan berlaku ketika konflik Yaman memuncak selepas gencatan senjata gagal, dan Donald Trump berkata Amerika Syarikat mungkin meneliti penyertaan dalam serangan Saudi.
RIYADH: Serangan yang disyaki dilancarkan Houthi ke atas lapangan terbang antarabangsa Riyadh pada Sabtu (10 Okt) mengorbankan sekurang-kurangnya 12 orang dan mencederakan 309 yang lain, termasuk beberapa yang parah, menurut pegawai penerbangan awam Arab Saudi.
Empat warga Saudi terbunuh, selain dua warga Bangladesh, seorang warga Amerika Syarikat, seorang warga Mesir, seorang warga Jordan, seorang warga Syria, seorang warga Palestin dan seorang warga Sudan, menurut kenyataan itu.
Pihak berkuasa menggantung operasi lapangan terbang itu selepas serangan tersebut menyebabkan para penumpang bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri.
Houthi melancarkan gelombang serangan terhadap Arab Saudi pada skala yang belum pernah berlaku sebelum ini, dengan menyasarkan lapangan terbang, kemudahan minyak dan kapal tangki Saudi sejak gencatan senjata dalam perang berpanjangan mereka dengan pemerintah Yaman yang disokong Riyadh gagal bertahan pada Julai.
Serangan pada Sabtu itu mendorong para pegawai kesihatan mengaktifkan panggilan kecemasan besar-besaran yang jarang dilakukan bagi mengerahkan doktor untuk menangani “kecemasan serius”, menurut satu sumber perubatan.
Kedutaan asing menggesa rakyat masing-masing supaya menjauhi lapangan terbang itu.
Pihak berkuasa penerbangan awam Saudi sebelum ini mengesahkan serangan telah berlaku dan beberapa orang cedera di kemudahan yang luas itu.
Seorang sumber diplomatik mengaitkan serangan tersebut dengan peluru berpandu Houthi.
Seorang penumpang memberitahu AFP bahawa beliau menyaksikan serangan di terminal penerbangan domestik lapangan terbang itu.
“Saya berada di pintu pelepasan 403,” kata saksi itu. “Saya melihat pintu 401 terkena serangan, saya melihat orang cedera di depan mata saya. Semua orang berlari.”

LAPORAN BERKAITAN:
Houthi yang disokong Iran berulang kali menyasarkan lapangan terbang itu. Mereka mendakwa melancarkan beberapa serangan pada Khamis yang mengorbankan tiga orang dan merosakkan sebuah pesawat, tetapi tidak mengumumkan sebarang serangan baharu pada Sabtu.
Sumber itu mengenal pasti salah seorang mangsa sebagai pramugari warga Mesir yang bekerja untuk sebuah syarikat penerbangan Saudi, manakala seorang lagi ialah warga Palestin yang menggunakan dokumen perjalanan Mesir.
Seorang lagi sumber yang diberi taklimat mengenai perkara itu, yang bercakap dengan syarat namanya tidak didedahkan, mengesahkan kematian dan kerakyatan mangsa berkenaan.
Sumber perubatan tersebut sebelum ini memberitahu AFP bahawa Kementerian Kesihatan telah mengarahkan doktor di jabatan kecemasan supaya melapor diri ke hospital sekitar ibu kota.
“Kami diberitahu bahawa kami sedang menangani ‘situasi kecemasan serius’,” kata sumber itu, sambil menambah bahawa ramai mangsa yang cedera berada dalam keadaan kritikal.
Dua doktor memberitahu AFP bahawa beberapa jemaah yang dalam perjalanan ke Makkah turut cedera.
Pengakuan pihak berkuasa Saudi tentang serangan ke atas sasaran awam jarang dilakukan.
Tanpa menyebut nama Houthi, pihak berkuasa penerbangan menyatakan jumlah mangsa yang cedera dalam serangan pada Sabtu itu masih disemak.
Operasi lapangan terbang itu “digantung buat sementara waktu” sementara kerosakan dinilai, tambahnya.

AMERIKA SYARIKAT MUNGKIN SERTAI SERANGAN SAUDI
Perang saudara di Yaman kembali memuncak pada Julai selepas gencatan senjata selama empat tahun yang diusahakan PBB gagal bertahan. Kejadian itu berlaku beberapa bulan selepas tercetusnya perang lebih luas di Timur Tengah yang menggoncang rantau tersebut serta menjejaskan bekalan dan pasaran tenaga.
Arab Saudi mengetuai satu gabungan antarabangsa yang telah memberikan sokongan ketenteraan kepada pemerintah Yaman sejak 2015 dan kini terjerumus ke dalam konflik negara jirannya itu.
Media Amerika Syarikat melaporkan bahawa permintaan terdahulu Arab Saudi untuk mendapatkan bantuan ketenteraan Amerika dalam menangani Houthi telah ditolak.
Ketika ditanya pada Sabtu sama ada beliau sudah mengubah pendirian mengenai kemungkinan menyertai serangan Saudi terhadap kumpulan itu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata: “Mungkin.”
“Kami akan menelitinya,” katanya kepada wartawan di hadapan Rumah Putih. “Kami baru sahaja mendapat tahu mengenai serangan terbaharu itu, maka itu kami akan membuat keputusan.”
Kedutaan Amerika Syarikat, Kanada, Jerman dan Sepanyol di Arab Saudi menggesa rakyat masing-masing supaya menjauhi lapangan terbang itu.
Seorang diplomat kanan Barat memberitahu AFP bahawa beberapa kedutaan telah memaklumkan mereka akan melarang kakitangan masing-masing menggunakan lapangan terbang itu “sepanjang minggu depan”.
Berhampiran lapangan terbang itu, para penumpang yang membawa bagasi dilihat berdiri di kaki lima sebuah stesen metro.
Serangan terbaharu itu berlaku menjelang musim konvensyen dan hiburan berprofil tinggi Arab Saudi yang bermula bulan ini.
Riyadh sering menjadi tuan rumah kepada pelbagai acara berskala besar sepanjang tahun, termasuk persidangan pelaburan utama negara itu yang menarik kehadiran pemimpin asing dan tokoh perniagaan terkemuka.

“KETEGANGAN SEMAKIN MEMUNCAK”
Di Yaman, pasukan pemerintah yang disokong Arab Saudi mara menentang Houthi di kawasan sekitar Selat Bab al-Mandeb yang ditawan kumpulan itu bulan lalu, menurut sumber tentera kepada AFP.
Pada minggu sebelumnya, pemerintah Yaman mengumumkan serangan balas yang bertujuan merampas semula semua kawasan yang dikuasai Houthi.
Houthi mengesahkan bahawa pasukan pemerintah telah menyerang di kawasan Bab al-Mandeb, laluan sempit yang menjadi titik penting bagi penghantaran minyak dan kargo di Laut Merah, tetapi mendakwa berjaya menangkis serangan itu.
Dakwaan pihak-pihak yang berperang sukar disahkan secara bebas, memandangkan keadaan di lapangan berubah dengan pantas dan akses untuk wartawan juga terhad.
Penganalisis Anna Jacob dari Institut Negara Teluk Arab meramalkan Arab Saudi akan mengambil pendekatan yang lebih tegas terhadap Houthi sebagai tindak balas terhadap serangan terbaharu itu.
“Satu perkara yang pasti, kita sedang bergerak ke tahap ketegangan yang jauh lebih berbahaya,” katanya.
“Pemerintah Yaman dan Arab Saudi telah melancarkan serangan besar-besaran di Yaman untuk menangkis kemaraan Houthi, dan Houthi pula bertindak balas dengan meningkatkan lagi serangan mereka.”

Sumber : AFP/LL/ll
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.