12 maut dalam serangan nekad di Islamabad: Menteri Pakistan
Anggaran Waktu Membaca:
ISLAMABAD: Serangan nekad (suicide bombing) di luar bangunan mahkamah daerah di kawasan perumahan ibu negara Pakistan, Islamabad, meragut nyawa 12 orang dan mencederakan 27 yang lain pada Selasa (11 Nov).
Demikian menurut menteri dalam negeri Pakistan.
Serangan pertama seumpamanya yang melanda bandar itu dalam beberapa tahun menyebabkan orang ramai lari bertempiaran dalam keadaan cemas di kawasan yang juga menempatkan beberapa pejabat pemerintah.
"Pada pukul 12:39 tengah hari (3.39 petang, waktu Singapura), serangan nekad dilancarkan di Kachehri (mahkamah daerah)," kata Menteri Dalam Negeri Mohsin Naqvi kepada wartawan di tempat kejadian. "Setakat ini 12 orang maut dan sekitar 27 cedera."
Letupan itu, yang menyebabkan orang ramai melarikan diri serta merosakkan kenderaan di kawasan itu, berlaku berhampiran pintu masuk mahkamah daerah Islamabad, yang biasanya sesak.
Penyerang nekad itu cuba memasuki bangunan mahkamah dengan berjalan kaki, tetapi meletupkan alat letupan itu di luar, berhampiran kenderaan polis, selepas menunggu di sana selama 10 hingga 15 minit, kata Encik Mohsin kepada wartawan.
"Kami sedang menyiasat insiden ini dari sudut yang berbeza. Ini bukan sekadar satu lagi pengeboman. Ia berlaku betul-betul di Islamabad," kata menteri itu.
Seorang wartawan AFP melihat pasukan separa tentera mengepung kawasan di mana menteri itu berkata penyerang meletupkan bahan letupan berhampiran kenderaan polis.
"Kami sedang cuba mengenal pasti siapa (penyerang) itu dan dari mana dia datang," kata Encik Mohsin.
Tiada pihak yang segera mengaku bertanggungjawab.
Perdana Menteri Shehbaz Sharif menyalahkan "proksi pengganas yang disokong oleh India", musuh ketat Pakistan, tanpa memberikan sebarang bukti.
Ibu negara India, Delhi, berdepan insiden letupan kereta pada Isnin, yang membunuh sekurang-kurangnya lapan orang.
Encik Shehbaz Sharif menuduh kumpulan Taliban Pakistan dan puak pemisah dari wilayah Balochistan, kedua-duanya sering melakukan serangan yang kebanyakannya menyasarkan pasukan keselamatan.
Di Islamabad, peguam Mohammed Shahzad Butt berkata terdapat "letupan besar".
"Semua orang mula berlari masuk kerana cemas. Saya melihat sekurang-kurangnya lima jasad terbujur kaku di pintu pagar hadapan," katanya kepada AFP.
Rustam Malik, seorang lagi peguam, memberitahu AFP beliau "mendengar bunyi dentuman kuat di pintu pagar" ketika beliau memasuki kompleks itu.
"Keadaan menjadi sangat huru-hara, peguam dan orang ramai berlari di dalam kompleks. Saya melihat dua jasad terbujur kaku di pintu pagar dan beberapa kereta terbakar," kata Encik Rustam.
Polis dan angkatam separa tentera mengepung kawasan itu, yang menempatkan beberapa pejabat pemerintah, termasuk pesuruhjaya pentadbiran dan timbalan pesuruhjaya.
Islamabad sebahagian besarnya terhindar daripada keganasan militan yang dahsyat dalam beberapa tahun kebelakangan ini, dengan serangan nekad terakhir berlaku pada Disember 2022.
Serangan nekad itu berlaku ketika pasukan keselamatan Pakistan memerangi anggota militan yang bersembunyi di sebuah sekolah di daerah Wana, Khyber Pakhtunkhwa.
"Terdapat juga serangan di Wana malam tadi," kata Encik Mohsin.
"Tiga orang maut dalam serangan itu. Penyerang yang terlibat dalam serangan itu adalah warga Afghanistan. Afghanistan terlibat secara langsung dalam serangan itu."

LAPORAN BERKAITAN
Sumber : Agensi berita/NK/nk
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.