Skip to main content

Dunia

12 maut dalam nahas kenderaan terbakar di lebuh raya Jawa Barat jelang Aidilfitri

Anggaran Waktu Membaca:
12 maut dalam nahas kenderaan terbakar di lebuh raya Jawa Barat jelang Aidilfitri

(Gambar hiasan: iStock)

Diterbitkan : 08 Apr 2024 04:52PM
JAKARTA:Sekurang-kurangnya 12 orang maut dalam nahas di sebuah lebuh raya di Karawang, Jawa Barat, Indonesia pada pukul 7.30 pagi waktu tempatan hari ini (8 Apr).

Ketua Polis Trafik Indonesia, Inspektor Jeneral Aan Suhanan berkata nahas itu berlaku di Kilometer 58 Jalan Bertol Jakarta-Cikampek melibatkan sebuah bas, sebuah van mini dan sebuah kenderaan pelbagai guna. 

“Siasatan mengenai punca kemalangan ngeri ini masih lagi berjalan,” katanya dalam satu kenyataan. 

Beliau berkata pasukan Siasatan Mangsa Bencana telah ditugaskan untuk mengenal pasti mayat mangsa di Hospital Karawang.

Siasatan awal mendapati van mini dari Jakarta melalui laluan kontra mengalami masalah mekanikal sebelum bertembung dengan sebuah bas dari arah bertentangan dan terbakar.  

Kemudian, sebuah kenderaan pelbagai guna berlanggar dengan van mini yang terbakar di hadapannya dan memarakkan lagi kebakaran, menurut jurucakap Polis Jawa Barat Pesuruhjaya Jules Abraham.

Akibatnya semua kenderaan hangus terbakar dan para mangsa belum dikenal pasti.

Kemalangan itu mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang 16 kilometer di waktu orang ramai sedang dalam perjalanan pulang ke kampung halaman bagi menyambut Aidilfitri. 

Lebih 800,000 kenderaan dilaporkan meninggalkan ibu kota Jakarta antara 3 hingga 6 April lalu, menurut laporan media tempatan.

Kementerian pengangkutan Indonesia menjangkakan 193.6 juta orang akan bergerak untuk balik kampung semasa cuti Aidilfitri kali ini, dengan sekitar 28.4 juta orang dijangka meninggalkan kawasan Jakarta.

Jumlah itu adalah lebih tinggi daripada 123 juta orang yang dipercayai balik kampung tahun lalu.
Sumber : Agensi berita/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita