Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

12 maut, 7 hilang akibat kebakaran feri Filipina

Anggaran Waktu Membaca:
12 maut, 7 hilang akibat kebakaran feri Filipina

Gambar: AP/Philippine Coast Guard

MANILA: Sebuah feri yang membawa sekitar 250 penumpang dan kru terbakar di pulau Filipina dan sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh dan tujuh masih hilang, kata seorang gabenor wilayah pada Khamis (30 Mac).

Ramai daripada mereka yang diselamatkan terjun dari feri dalam keadaan cemas sewaktu kebakaran dan sudah diselamatkan oleh pengawal pantai, tentera laut, feri lain dan nelayan tempatan, kata Gabenor Jim Hataman dari wilayah pulau selatan Basilan. Usaha mencari dan menyelamat diteruskan hari ini (30 Mac).

Gabenor itu berkata kebanyakan penumpang MV Lady Mary Joy 3 sudah diselamatkan semalaman tetapi pihak berkuasa menyemak semula nombor yang diberikan pasukan penyelamat dan berkata bahawa angka boleh berubah.

Feri itu dalam perjalanan ke bandar Jolo di wilayah Sulu dari bandar pelabuhan selatan Zamboanga apabila ia terbakar hampir tengah malam, katanya.

Mereka yang terkorban termasuk sekurang-kurangnya tiga kanak-kanak, yang dipercayai terpisah daripada ibu bapa mereka, dan beberapa penumpang cedera dan dikejarkan ke hospital, katanya.

“Ada antara penumpang yang terjaga daripada tidur disebabkan kekecohan akibat kebakaran. Ada yang terjun dari kapal,” kata Encik Hataman kepada The Associated Press melalui telefon.

Kebanyakan mereka yang mati lemas ditemui di laut, kata pegawai.
Sumber : AP/HY/hy
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan