1.2 juta tempat duduk disediakan kumpulan SAUDIA bagi penerbangan jelang musim Haji
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kumpulan SAUDIA)
JEDDAH: Kumpulan SAUDIA, yang termasuk syarikat penerbangan SAUDIA, flyadeal dan Penerbangan Privet Saudi, mengumumkan pelan operasinya bagi musim Haji 2023.
Dengan sasaran untuk menyediakan khidmat kepada para jemaah dari merata dunia, kumpulan itu memperuntukkan lebih 1.2 juta tempat duduk dalam penerbangan untuk menampung jumlah tinggi pelawat.
Kumpulan SAUDIA akan membawa jemaah dari lebih 100 destinasi yang dijadualkan serta 14 destinasi musiman ke enam lapangan terbang di negara itu, termasuk Jeddah, Riyadh, Dammam, Madinah, Taif dan Yanbu.
Selain itu, 8,000 anak kapalnya dilengkapi kemahiran untuk berbicara dalam 42 bahasa berlainan supaya dapat memenuhi keperluan jemaah.
Syarikat penerbangan itu juga sudah mengemas kini kandungan Islam dalam penerbangannya, termasuk program-program agama bertujuan untuk meningkatkan kesedaran tentang Haji.
Kemas kini tersebut merangkumi lebih 134 jam program-program Islam yang pelbagai dan tilawah Al-Quran selama 590 jam, yang disediakan dalam pelbagai bahasa seperti Mandarin dan Korea.
Sistem hiburan dalam penerbangan SAUDIA juga menawarkan koleksi pendidikan e-buku unik tentang cara menunaikan Haji dan Umrah dalam lebih 14 bahasa.

Sumber : AGENCIES/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.