12 hektar tanah gambut di Muar terbakar
Anggaran Waktu Membaca:
MUAR: Sekitar 12 hektar atau 30 ekar hutan tanah gambut di Batu 13 Bukit Naning, berhampiran Ladang Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) Bukit Naning dilaporkan terbakar pada Sabtu (31 Jan).
Keluasan 12 hektar meliputi kawasan kira-kira 17 padang bola sepak.
Komander Operasi Penguasa Bomba II Norshuhada Amasari berkata pihaknya menerima panggilan pada pukul 9.00 pagi Sabtu dan sebanyak 15 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar, dibantu 10 anggota BBP Zon 4, bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata operasi memadam kebakaran di lokasi yang jaraknya 27 kilometer dari BBP Muar itu melibatkan pasukan B balai berkenaan, dengan kekuatan sebuah kereta bomba, sebuah unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), sebuah lori tiga tan, tiga unit Motosikal Intervensi Pantas (RIM) dan sebuah lori tangki.
“Sebaik tiba di lokasi, pasukan kami mendapati kawasan hutan dan sebahagian kebun kelapa sawit seluas kira-kira 30 ekar telah terbakar dan kami melakukan operasi pemadaman menerusi dua sektor (A dan B).
“Pemadaman di sektor A melibatkan kawasan seluas 20 ekar menggunakan kaedah satu aliran 700 kaki, tiga 'breaching', empat 'nozzle' dan satu unit pam dengan sumber air terbuka manakala sektor B melibatkan kawasan seluas 10 ekar dipadam menggunakan kaedah dua aliran 600 kaki, dua 'breaching', tiga 'nozzle' dan satu unit pam menerusi jentera Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Air Hitam,” katanya.
“Operasi pemadaman turut melibatkan beberapa agensi lain iaitu PBS dengan enam anggota, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (lima anggota), polis (empat anggota), Jabatan Pengairan dan Saliran (lima anggota), PPNJ (lima anggota) dan Jabatan Kerja Raya (lima anggota).
“Turut digunakan adalah dua lori tangki Ranhill SAJ Sdn Bhd (SAJ) dan sebuah lori tangki Majlis Perbandaran Muar (MPM). Setakat sehingga pukul 5.00 petang Sabtu, operasi pemadaman masih dilakukan,” katanya.

Sumber : Bernama/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.