Skip to main content

Dunia

12 daripada 22 pekerja terperangkap dalam lombong emas China didapati masih hidup

Sekurang-kurangnya 12 daripada 22 pekerja yang terperangkap sejak seminggu lalu dalam sebuah lombong emas, didapati masih hidup.

Anggaran Waktu Membaca:
12 daripada 22 pekerja terperangkap dalam lombong emas China didapati masih hidup

Kerja-kerja menyelamat di sebuah lombong emas di Bandar Qixia, provinsi Shandong, China, pada 18 Jan 2021 (Gambar: Wang Kai/Xinhua via AP)

Diterbitkan : 18 Jan 2021 09:01PM Dikemas Kini : 18 Jan 2021 09:10PM

CHINA: Sekurang-kurangnya 12 daripada 22 pekerja yang terperangkap sejak seminggu lalu dalam sebuah lombong emas, didapati masih hidup.

Ini selepas para penyelamat menemui sebuah nota di tempat kejadian. Namun demikian keadaan para pekerja yang lain masih belum pasti.

Rakaman oleh media rasmi China CCTV menunjukkan sekeping nota yang ditemui di saluran penyelamat.

Nota tulisan tangan ini menyatakan empat dari 12 pelombong cedera manakala keadaan yang lain pula semakin teruk kerana kekurangan udara bersih.

Kumpulan pelombong tersebut terperangkap sejak 10 Januari lalu, selepas satu letupan di kawasan lombong menghadang jalan keluar serta memutuskan sistem perhubungan.

Sebelum ini, para penyelamat dapat memastikan ada pekerja yang masih hidup apabila mendengar ketukan pada kabel besi. Mereka kemudian berjaya mengirimkan bekalan.

Lombong itu sedang dibina semasa kejadian berlaku, namun ia tidak dilaporkan hingga 30 jam kemudian.

Gerakan menyelamat masih diteruskan. 

LAPORAN LAIN:

Sumber : Agensi berita/NZ/NK/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita