12 askar terbunuh dalam serangan hendap Taliban Pakistan
Anggaran Waktu Membaca:
Bendera Pakistan di salah sebuah tapak binaan. (Gambar fail: Reuters)
PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 12 askar terbunuh dalam serangan hendap di barat laut Pakistan pada Sabtu (13 Sep), kata pegawai pemerintah dan pegawai keselamatan.
Serangan itu didakwa didalangi kumpulan Taliban dari Pakistan.
Jumlah anggota kumpulan militan melonjak di kawasan sempadan dengan Afghanistan itu sejak Taliban Afghanistan kembali berkuasa di Kabul pada 2021.
Serangan pada Sabtu itu antara yang paling dahsyat pernah berlaku di wilayah Khyber Pakhtunkhwa dalam beberapa bulan kebelakangan ini.
Islamabad menuduh negara jirannya Afghanistan gagal mengusir anggota militan dan menggunakan wilayah di Afghanistan untuk melancarkan serangan ke atas Pakistan, satu tuduhan yang dinafikan pihak berkuasa Kabul.
Tentera Pakistan menyatakan selepas serangan hendap pada awal Sabtu bahawa laporan risikan "jelas mendedahkan pelibatan fizikal warga Afghanistan dalam perbuatan keji itu".
"Pakistan berharap pemerintah sementara Afghanistan akan memikul tanggungjawabnya dan mengharamkan penggunaan tapak tanahnya untuk kegiatan pengganas terhadap Pakistan," katanya dalam satu kenyataan.
Taliban Pakistan, Tehreek-e-Taliban (TTP), mengaku bertanggungjawab atas serangan itu dalam satu catatan di media sosial.
Kumpulan itu beroperasi secara berasingan tetapi berkait rapat dengan Taliban Afghanistan.
Seorang pegawai pentadbiran tempatan berkata konvoi tentera sedang melalui sebuah bandar di daerah Waziristan Selatan Khyber Pakhtunkhwa sekitar pukul 4.00 pagi waktu tempatan apabila "suspek-suspek bersenjata melepaskan tembakan bertubi-tubi dari arah kiri dan kanan".
Dua belas anggota keselamatan terbunuh manakala empat orang cedera, kata pegawai itu.
Seorang pegawai keselamatan yang dikerahkan di kawasan terbabit mengesahkan angka korban itu, sambil berkata bahawa penyerang merampas senjata yang dibawa konvoi tersebut.

Sumber : Reuters/AY/ay
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.