Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

114 orang maut di tangan tentera Myanmar

Di seluruh Myanmar, para penunjuk perasaan prodemokrasi pada Ahad (28 Mac) meratapi pembunuhan sekurang-kurangnya 114 orang di tangan junta tentera. Ia merupakan hari paling berdarah di negara itu sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
114 orang maut di tangan tentera Myanmar

(Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 28 Mar 2021 03:55PM Dikemas Kini : 28 Mar 2021 03:57PM

REUTERS: Di seluruh Myanmar, para penunjuk perasaan prodemokrasi pada Ahad (28 Mac) meratapi pembunuhan sekurang-kurangnya 114 orang di tangan junta tentera. Ia merupakan hari paling berdarah di negara itu sejak rampasan kuasa pada 1 Februari lalu.

Namun, para penunjuk perasaan berikrar untuk terus mengadakan bantahan bagi mengakhiri pemerintahan tentera.

Kanak-kanak merupakan antara yang terkorban pada Sabtu (27 Mac), iaitu Hari Angkatan Tentera Myanmar, menurut laporan berita dan saksi-saksi, dalam satu tindakan keras yang menarik kritikan oleh negara-negara Barat. Penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata tentera Myanmar melakukan "pembunuhan beramai-ramai".

"Kami memberi tabik kepada wira-wira kami yang mengorbankan nyawa mereka semasa pergolakan ini dan Kita Harus Menang PERGOLAKAN ini," menurut catatan Facebook oleh salah satu kumpulan penunjuk perasaan utama, General Strike Committee of Nationalities (GSCN).

Jeneral Kanan Min Aung Hlaing, ketua junta tentera berkata semasa perbarisan sempena Hari Angkatan Tentera bahawa pihak tentera akan melindungi para penduduk dan berjuang demi demokrasi.

Portal berita Myanmar Now menyatakan 114 orang maut di seluruh Myanmar dalam tindakan keras terhadap bantahan-bantahan yang dijalankan.

40 individu merupakan antara mereka yang terbunuh, salah seorang daripadanya seorang remaja perempuan berusia 13 tahun di bandar kedua Myanmar di Mandalay. Sekurang-kurangnya 27 orang mati di hab komersil Yangon, menurut Myanmar Now. Seorang lagi remaja berusia 13 tahun merupakan antara mereka yang menjadi korban di daerah tengah Sagaing.

Duta Amerika Syarikat Thomas Vajda menuslis di media sosial: "Pertumpahan darah ini sangat mengerikan," sambil menambah "penduduk Myanmar bercakap dengan jelas: kami tidak mahu tinggal di bawah pentadbiran tentera".

Delegasi Kesatuan Eropah ke Myanmar berkata peristiwa pada Sabtu lalu akan "selamanya terukir sebagai hari keganasan dan penghinaan."

Penyiasat Khas PBB Tom Andrews berkata sudah tiba masanya bagi seluruh dunia mengambil tindakan - jika tidak menerusi Majlis Keselamatan PBB mungkin menerusi sidang puncak kecemasan kebangsaan. Menurutnya, akses pendanaan kepada junta tentera Myanmar harus disekat, seperti hasil minyak dan gas dan akses kepada senjata.

Meskipun dikutuk oleh negara-negara Barat, junta tentera Myanmar masih menerima sokongan dari negara-negara lain.

Timbalan Menteri Pertahanan Rusia Alexander Fomin menghadiri perbarisan tentera pada Sabtu di Naypyitaw setelah berjumpa dengan para pemimpin kanan junta itu sehari sebelumnya.

Para diplomat dari lapan negara - Rusia, China, India, Pakistan, Bangladesh, Vietnam, Laos dan Thailand menghantar wakil namun Rusia satu-satunya negara yang menghantar seorang menteri ke perbarisan Hari Angkatan Tentera itu, yang memperingati permulaan penentangan terhadap penjajahan Jepun pada 1945.

Sokongan dari Rusia dan China - kedua-duanya tidak mengkritik Yangon - adalah penting bagi junta tentera Myanmar kerana kedua-dua negara itu adalah anggota tetap Majlis Keselamatan PBB dan dapat menghalang tindakan-tindakan dari PBB. 

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan