Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

112 calon tanding PRN Melaka; sekitar 60% calon muda

Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung esok (20 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
112 calon tanding PRN Melaka; sekitar 60% calon muda

Gambar: Vincent Tan

Diterbitkan : 19 Nov 2021 04:44PM Dikemas Kini : 19 Nov 2021 04:50PM

MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung esok (20 Nov).

Meskipun ia adalah pilihan raya peringkat negeri, sesetengah pihak menganggapnya sebagai kayu ukur sokongan rakyat Malaysia kepada Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob yang menyandang jawatan itu sejak Ogos lalu.

Para penganalisis berkata persaingan utama di Melaka antara Barisan Nasional (BN) dengan Pakatan Harapan (PH) manakala Perikatan Nasional (PN) akan menjadi pemecah undi.

PRN Melaka kali ini menampilkan ramai juga calon baru dan agak muda.

Sebanyak 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menjadi rebutan 112 calon.

Kira-kira 60 peratus daripada mereka berusia bawah 40 tahun.

Muka-muka baru termasuk Encik Muhd Danish and Cik Karen Fong.
"Sosial media adalah wadah utama kempen saya. Twitter, Facebook, Tiktok, Instagram adalah wadah utama yang saya gunakan untuk kempen saya," kata Cik Karen Fong, calon PN-Gerakan.

"Mereka sering tanya saya adakah saya akan lompat parti setelah saya menang," ujar Encik Muhd Danish Zainudin, calon PH-DAP pula.

Perbuatan lompat parti menjadi punca tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan di peringkat persekutuan pada tahun 2018, di Sabah tahun lalu dan kini di Melaka.

Semua calon telah diminta menandatangani beberapa perjanjian bagi mencegah mereka lompat parti pada masa depan.
"Kita ada perjanjian. Mereka gunakan logo kami, mereka gunakan kemudahan kami. Oleh itu mereka perlu membayar jumlah tertentu jika mahu keluar parti Tidak mudah lagi (untuk lompat parti), kami akan bawa mereka ke mahkamah, tuntut jutaan dolar," terang Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan.

Kira-kira setengah juta penduduk Melaka layak mengundi esok untuk memilih kerajaan baru bagi tempoh lima tahun akan datang. 

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan