Skip to main content

Dunia

110 kanak-kanak Indonesia terdedah kepada fahaman radikal online: Polis

Anggaran Waktu Membaca:
110 kanak-kanak Indonesia terdedah kepada fahaman radikal online: Polis

Gambar hiasan: iStock

Diterbitkan : 20 Nov 2025 04:42PM Dikemas Kini : 20 Nov 2025 04:44PM
JAKARTA: Kira-kira 110 kanak-kanak di Indonesia didapati terdedah kepada ideologi radikal melalui perekrutan anggota secara online oleh kumpulan pelampau, satu peningkatan mendadak berbanding hanya 17 kes antara 2011 dan 2017, menurut unit antikeganasan negara itu, Densus 88.

Jurucakapnya, Pesuruhjaya Kanan Adjung Mayndra Eka Wardhana berkata proses perekrutan dilakukan secara online, dengan mangsa berusia antara 10 hingga 18 tahun dikenal pasti di 23 wilayah, kebanyakannya di Jawa Barat dan Jakarta.

Perekrut secara amnya tidak saling mengenali antara satu sama lain.

“Kami melihat lonjakan luar biasa dari tahun ke tahun, menunjukkan wujudnya usaha perekrutan anggota secara besar-besaran melalui media online,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis (20 Nov), sambil menambah bahawa wilayah lain juga tidak seharusnya dianggap selamat memandangkan siasatan masih dijalankan.

Encik Mayndra berkata propaganda awal disebarkan melalui platform terbuka seperti Facebook, Instagram dan permainan online yang mengetengahkan naratif utopia bagi menarik minat serta khayalan kanak-kanak sebelum memikat mereka masuk ke kumpulan tertutup, tempat proses indoktrinasi dijalankan.

Jurucakap Polis Indonesia Brigedier Jeneral Trunoyudo Wisnu Andiko berkata kanak-kanak mudah terdedah akibat campuran tekanan sosial, termasuk buli, keluarga berpecah-belah, kurang perhatian keluarga, pencarian identiti, keterpinggiran sosial serta tahap literasi digital dan pemahaman agama yang rendah.

Beliau mendedahkan bahawa Densus 88 menahan lima individu yang disyaki perekrut, dituduh menguruskan komunikasi kumpulan itu di media sosial serta mempengaruhi kanak-kanak untuk menyertai rangkaian ekstremis dan menggalakkan tindakan keganasan.

Suspek, berumur antara 18 hingga 47 tahun itu ditahan di Medan (Sumatera Utara), Banggai (Sulawesi Tengah), Sleman (Yogyakarta), Tegal (Jawa Tengah) dan Agam (Sumatera Barat).

Seorang daripada mereka merancang serangan yang menyasarkan bangunan Dewan Perwakilan Rakyat, namun polis tidak memberikan butiran lanjut.
Sumber : Bernama/AT/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita