Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

11 mayat dipercayai pelarian ditemukan di perairan Indonesia berhampiran Aceh sejak Sabtu lalu

Anggaran Waktu Membaca:
JAKARTA: Sekurang-kurangnya 11 mayat dipercayai pelarian ditemukan di perairan Indonesia berhampiran wilayah Aceh sejak Sabtu (23 Mac) lalu.

Demikian menurut media tempatan dan agensi menyelamat Indonesia, lapor Xinhua.  

Penemuan mayat berkenaan adalah selepas sebuah bot membawa lebih 100 orang tenggelam di perairan Aceh minggu lepas.

Lebih daripada 75 pelarian diselamatkan tetapi ramai lagi dilaporkan hilang.

Ketua Agensi Mencari dan Menyelamat Banda Aceh, Ibnu Harris Al Hussain berkata agensi itu telah mengeluarkan enam mayat wanita pada Isnin selepas menerima maklumat daripada nelayan tempatan. 

“Kami mengeluarkan sebanyak 10 mayat antara Sabtu dan Isnin,” kata Encik Hussain.

Satu lagi mayat juga ditemukan di barat Aceh dan kesemua mayat dikebumikan di tanah perkuburan tempatan.

Sementara itu, kesemua yang terselamat dihantar ke jabatan imigresen negara itu dan mereka kini berlindung di barat Aceh.
Sumber : Bernama/AA/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan