11 maut, lebih 30 hilang selepas jambatan runtuh di utara China
Anggaran Waktu Membaca:
BEIJING: 11 orang maut apabila sebuah jambatan runtuh di bahagian utara China akibat hujan lebat.
Demikian dilaporkan agensi berita negara Xinhua pada Sabtu (20 Jul).
Jambatan di wilayah Shaanxi itu runtuh pada 8.30 malam pada Jumaat disebabkan oleh hujan lebat yang turun secara tiba-tiba dan banjir kilat, lapor Xinhua, memetik jabatan hubungan awam wilayah tersebut.
Operasi menyelamat masih dijalankan pada Sabtu pagi. Setakat ini, sebanyak lima buah kenderaan ditemui dalam air sungai itu.
Gambar yang disiarkan di saluran televisyen rasmi CCTV menunjukkan bahagian jambatan yang separuh tenggelam, dengan air sungai mengalir di atasnya.
Lebih daripada 30 orang masij dilaporkan hilang.
Sementara itu, Presiden Xi Jinping menggesa agar operasi menyelamat yang menyeluruh dilaksanakan menyusuli tragedi tersebut.
Presiden Xi menarik perhatian bahawa China sedang berdepan dengan tempoh kritikal dalam melaksanakan kawalan banjir, sambil bertegas bahawa pemerintah bertanggungjawab untuk memperhalusi langkah pemantauan serta pengeluaran amaran awal.

Sumber : Reuters/HA/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.