Skip to main content

Dunia

11 maut, lebih 10 cedera dalam insiden rempuhan di Pakistan

Anggaran Waktu Membaca:
11 maut, lebih 10 cedera dalam insiden rempuhan di Pakistan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 01 Apr 2023 03:09PM
ISLAMABAD: Sekurang-kurangnya 11 maut manakala lebih 10 lagi cedera dalam kejadian rempuhan di Karachi, selatan Pakistan, pada Jumaat (31 Mac), menurut polis dan pegawai penyelamat.

Kejadian berlaku ketika ratusan orang berkumpul di tempat yang sesak di luar sebuah kilang persendirian untuk mendapatkan sumbangan Ramadan, di kawasan SITE di Karachi, kata pegawai polis SITE Superintendan Muhammad Mughees Hashmi kepada Xinhua.

Beliau berkata pemilik kilang mengagihkan bantuan itu tanpa mendapatkan kebenaran daripada pentadbiran tempatan terlebih dahulu.

Sekurang-kurangnya enam orang termasuk pengurus kilang telah ditahan, katanya.

Siasatan sudahpun dijalankan berhubung kejadian itu. Jumlah kematian mungkin meningkat memandangkan beberapa mangsa yang cedera dilaporkan kritikal, menurut sumber hospital.
Sumber : Bernama/Agensi berita/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita